Perayaan-Perayaan di Malaysia Mampu Mewujudkan Semangat Perpaduan di Kalangan Malaysia.
DUA 6022 - KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
👉 Ahli Kumpulan 👈
- Hafiyyan Asyraf Bin Hamzah 👉 ( 02DAD15F1011 )
- Muhammad Amirul Amin Bin Mohd Mazdi 👉 ( 02DAD15F1013 )
- Mohd Amru Amir Bin Abd Rahim 👉 ( 02DAD15F1035 )
- Arazzi Afiq Bin Zahrul 👉 ( 02DAD15F1051 )
- Rizmanhadi Bin Nasril 👉 ( 02DAD15F1031 )
- Taib Azamudden Bin Che Abdullah 👉 ( 02DAD15F1001 )
👉 Pensyarah 👈
- Puan Hayati Binti Talib@Wahab
- Perayaan-perayaan agama di malaysia mampu mewujudkan semangat perpaduan di kalangan kaum di malaysia . Bincangkan peranan anda sebagi graduan/mahasiswa politeknik.
Assalamualaikum w.t.b,
Selamat sejahtera,
Ni How Ma,
Vanikam
Di negara Malaysia , terdapat pelbagai jenis perayaan disambut pada sepanjang tahun kerana kepelbagaian kaum dan agama yang terdapat di negara ini. Antaranya ialah Hari raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina , Deepavali dan lain-lain lagi.
OBJEKTIF
- Mengenalpasti kesan kepelbagaian agama terhadap pembentukan perpaduan di Malaysia.
- Mengetahui peranan kepelbagaian agama terhadap pembentukan perpaduan di Malaysia.
- Mengenalpasti perayaan yang terdapat di Malaysia.
- Memerihalkan konsep dan latar belakang perayaan-perayaan di Malaysia.
- Mengkaji keunikan yang terdapat dalam setiap perayaan di Malaysia.
- Mengenalpasti bagaimanakah perayaan-perayaan ini dapat mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia
PENGENALAN
Malaysia ialah sebuah negara yang dihuni oleh pelbagai kaum. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya dan cara hidup yang berbeza. Menurut Abdul Aziz (2000), kebudayaan adalah himpunan kekayaan jasmaniah dan rohaniah yang dicipta oleh manusia sebagai cara hidup. Kepelbagaian budaya memerlukan beberapa perkara asas bagi mewujudkan keharmonian dalam hubungan sosial.
Seterusnya, dengan adanya kepelbagaian budaya semangat perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak melalui kepelbagaian perayaan dan sambutan di Malaysia. Hal ini kerana, sekiranya terlerai ikatan silaturrahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha dan cara dapat diambil dan dilakukan bagi memupuk dan membaja agar perpaduan dan keharmonian terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat.
Dalam perspektif lain, Malaysia merupakan negara yang sedang membangun bukan sahaja dari bidang pertanian, perindustrian, sukan dan lain-lain. Hal ini membolehkan, Malaysia dikategorikan sebagai Negara yang istimewa kerana mempunyai kepelbagaian kaum utama iaitu Malayu, Cina, India dan sebagainya. Perkembangan Negara yang pesat serta hubungan sosial yang kukuh membolehkan Negara Malaysia duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan Negara-Negara maju yang lain seperti Amerika Syarikat, Jepun , China termasuklah Negara jiran Singapura. Tambahan pula, kejayaan negara Malaysia bagi mengekalkan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum serta hubungan sosial budaya yang utuh sejak merdeka hingga kini amat mengagumkan bukan sahaja dapat dilihat semasa sambutan perayaan malah pada apa jua situasi yang berbeza. Namun, hal ini memerlukan perkara asas bagi mengekalkan keharmonian budaya di Malaysia.

PENERANGAN/HURAIAN
- Hari Raya AidilFitri
Hari Raya Puasa merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadan di mana umat Islam berpuasa dan beribadat dengan lebih tekun. Hari Raya Puasa bermula apabila anak bulan kelihatan, menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke sepuluh dalam kalendar Hijrah Islam.
Perayaan Hari Raya Puasa bermula setelah perisytiharan dibuat oleh Pemegang Mohor Besar Raja-Raja, dimana takbir akan bergema di masjid-masjid menandakan mulanya perayaan Hari Raya Puasa. Pada keesokkan harinya, pada awal sebelah pagi, sesetengah orang akan pergi membersihkan perkuburan orang yang disayangi dan berdoa agar roh mereka dirahmati Allah. Sembahyang Sunat Hari Raya Puasa sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi.
Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi antara sesama mereka.
2. Hari Raya AidilAdha (Korban)
Hari Raya Qurban atau Aidiladha disambut pada tiap-tiap 10 Zulhijjah, Tahun Hijrah. Ia juga dikenali sebagai Hari Raya Haji iaitu hari yang dirayakan sebagai tanda kesyukuran dan rahmat kepada mereka yang berupaya menyempurnakan rukun Islam yang kelima. Ketika itu, ramai umat Islam dari seluruh dunia sedang menunaikan fardu haji di Makkah, Arab Saudi. Hari raya ini digelar sebagai Hari Raya Qurban kerana sunat atau digalakkan bagi orang-orang Islam melakukan korban dengan menyembelih lembu, kerbau atau kambing. Daging korban ini pula disedekahkan kepada orang-orang miskin.
Amalan ini sebagai mengingati sejarah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s yang diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk menyembelih anak kesayangannya, Nabi Ismail A.S. Perintah itu merupakan suatu ujian yang sangat berat yang perlu dihadapi oleh baginda. Anak baginda, Nabi Ismail bersedia dan sanggup pula dikorbankan atau disembelih semata-mata kerana Allah. Lalu, Nabi Ibrahim turut redha dan bersedia dalam melaksanakan perintah Allah itu. Tetapi, di saat penyembelihan hendak dilakukan, Allah telah menggantikan tempat Nabi Ismail dengan seekor kibas
3. Hari Tahun Baru Cina
Tahun Baru Cina merupakan pesta Perayaan Musim Bunga "Spring" terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalender lunar Cina. Kalender lunar Cina terbahagi kepada kitaran dua belas tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Menurut turutan, haiwan tersebut adalah tikus, kerbau, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing, dan khinzir. Kepercayaan popular menyatakan perangai dan nasib seseorang ditentukan oleh tahun kelahiran mereka.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun akan dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau hantu jahat dan nasib tidak baik. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau kumquat.
Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti itik salai, sosej, kek beras, dan limau mandrin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang bekeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian Naga atau Singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. 15 hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Meh.
4. Hari Deepavali
Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama 'Aippasi’ pada bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil.
Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga.Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan rumah, ‘Rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.
ISI-ISI
Sesunguhnya mahasiswa merupakan generasi yang akan menyambung tali kepimpinan negara pada masa akan datang dan mahasiawa juga adalah perjuang untuk maruah bangsa dan agama bagi negara Malaysia. Kejatuhan sesebuah negara pada masa akan datang bukan dilihat atau dinilai pada kempimpinan yang sebelum-nya tetapi kejatuhan negara pada masa akan datang diukur oleh tahap pembawakan kempimpinan pada masa tersebut oleh itu perlapis bagi pemimpin-pemimpin negara untuk masa akan datang boleh dilihat dan diukur melalui tahap permikiran dan pembawakan mahasiswa-mahasiswa yang ada pada masa kini.
Maka mahasiswa perlu bangkit dan mahasiswa perlu mengubah mind-set atau cara berfikir untuk mengatasi pelbagai masalahat dan menyusun strategi bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar pada masa kini iaitu kemerosotan minat pelajar untuk belajar, kemerosotan akhlak, dan masalah yang sehubugan dengan mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa seharus-nya menerapkan nilai-nilai murni dan menunjukkan akhlak yang baik tidak kira situasi,tempat dan masa. Sikap-sikap yang positif dapat mencerminkan dan dapat mengangkat martabat dan maruah bangsa. Sesunguhnya nilai pernerapan oleh mahasiswa bagi menghormati antara etnik yang ada di malaysia juga dapat menunjugkan nilai kematangan pemikiran dan semangat perpaduan yang ada dalam diri setiap mahasiswa itu sendiri.
👉 PERANAN GRADUAN POLITEKNIK DALAM MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN KAUM MELALUI PERAYAAN AGAMA 👇
1. Graduan hendaklah menghormati budaya dan setiap perayaan etnik yang lain
Mahasiswa merupakan salah satu permata yang berharga buat negara kerana mereka adalah penyambung dan perjuang negara untuk masa hadapan. Sifat dan sikap hormat menghormati perlulah dipupuk dan disemai di dalam diri setiap mahasiswa tidak kira melayu,cina,india,kahdazan, atau lain-lain kerana dengan sifat dan sikap ini kita dapat menglahirkan semangat perpaduan kaum antara setiap etnik yang ada di-malaysia. Sehubugan dengan itu, dengan lahir-nya sifat dan sikap ini di dalam diri mahasiswa dapat menunjukan dan dapat kita lihat akan kematangan dalam berfikir mahasiswa-mahasiswa kerana hanya dengan perpaduan yang utuh dapat memajukan dan meningkatkan martabat negara atau bumi MALAYSIA ini.

2. Graduan mestilah sanggup untuk menerima dan mengamalkan budaya yang sesuai
Misalnya daripada perayaan, rakyat Malaysia meraikan pelbagai perayaan yang tersendiri. Untuk merasai kemeriahannya, graduan mestilah turut merayakan perayaan-perayaan yang disambut oleh rakan mereka dengan hati yang ikhlas, bak kata perpatah masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek. Jelaslah asimilasi budaya dapat mewujudkan semangat perpaduan yang ampuh dalam kalangan remaja atau lebih tepat lagi mahasiswa di negara Malaysia ini.
3. Graduan hendaklah mengelakkan daripada sifat mementingkan diri dan etnosentrisme
Sikap etnosentrisme ialah sikap yang mementingkan kelompak etnik sendiri. Sikap seperti ini akan menjejaskan hubugan dengan kaum lain di negara ini. Graduan perlu menghayati dan mengamalkan Gagasan 1 Malaysia yang menekankan aspek perpaduan secara tuntas kearah pembentukan sebuah negara progresif. Graduan perlu menrima segala perbezaan yang wujud antara kaum dinegara ini dengan hati yang terbuka. Contohnya, graduan tidak harus menyentuh isu sensitif seperti hak istemewa sesuatu kaum yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Mereka hendaklah mengamalkan sikap di mana bumi dipijak , disitu langit dijunjung. Jika semangat ini dapat diamalkan oleh setiap graduan, nescaya negara kita akan terhindar daripada sebarang malapetaka akibat perpaduan yang rapuh.

4. Graduan mestilah menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah negara
Hal ini demikian kerana banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah tanah air dapat dijadikan iktibar supaya sesuatu yang buruk dapat hindarkan . Sebagai contoh. Tragedi 13 mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah yang berlaku akibat semangat perpaduan yang rapuh dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum . Ahli falsafah George Santayana mengatakan orang yang melupai sejarah akan melakukan kesilapan yang sama . Oleh itu graduan hari ini mestilah diterapkan dengan pengetahuan sejarah secara lebih serius . Dengan mempelajari, memahami, menghayati, dan mengambil iktibar daripada sejarah, maka mereka akan menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab,rasional, dan berhemah tinggi dalam kehidupan di dalam sebuah negara majmuk seperti malaysia . Jadi, gradua mestilah mengambil iktibar daripada sejarah sebagai pemangkin semangat perpaduan yang jitu.

5. Graduan haruslah bersifat terbuka untuk menyemaikan perpaduan kaum
Sikap berfikiran terbuka ini amat penting kepada seorang graduan kerana ia dapat sedikit sebanyak menolong seorang graduan itu tidak hanya berfikir kepada satu kaum sahaja malah haruslah memikirkan semua kaum untuk mewujudkan perpaduan dalam sesebuah masyarakat . Graduan mestilah menyediakan diri dengan semaksimum yang mungkin untuk membentuk keperibadian dan tingkah laku yang berwawasan untuk merancang segenap aktiviti umtuk merealisasikan misi yang telah dibuat iaitu mengeratkan lagi perpaduam kaum itu sendiri dalam masyarakat . Hal ini kerana agar graduan yang lahir akan menjadi cermin ke arah masyarakat yang terbilang . selain itu , graduan haruslah bersifat terbuka jika menjadi seorang pemimpin dalam sesebuah masyarakat dan juga dapat menjadi pemimbing kepada masyarakat . Akhir sekali , graduan yang bijak ialah graduan yang bersifat terbuka . Jangan lah kita sebagai graduan digelar “katak di bawah tempurung” dek kerana sikap kita yang kurang profesional dan jadilah graduan yang berjasa kepada agama , kaum , dan masyarakat.

KESIMPULAN
Mahasiswa seharusnya bersifat bertangungjawab untuk memainkan peranan penting ke arah pemupukan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda. Semua pihak hendaklah bersatu padu umpama aur dengan tebing untuk merealisasikan wawasan gan gagasan besar negara. Mahasiswa tidak sepatutnya mengabaikan peranan mereka untuk memupuk semangat perpaduan dan seharusnya mereka menjadi contoh yang terbaik buat masyarakat sekeliling. Semangat dan kesungguhan mahasiswa dalam memupuk semangat perpaduan adalah dituntut demi mewujudkan negara yang bersatu padu,aman,maju dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. Hal ini tidak mustahil dilaksanakan atau dilakukan kerana bak kata perpatah dimana ada kemahuan disitu ada jalan.









Comments
Post a Comment